|
KENYATAAN RASMI ESQ LEADERSHIP CENTRE - STATUS PELAKSANAAN ESQ LEADERSHIP TRAINING
Bil 01 / 2010
Petaling Jaya, Julai 5, 2010
Pada waktu ini para kakitangan kami di ESQ Leadership Centre Sdn Bhd ( ESQ) mendapat banyak pertanyaan dari para alumni ESQ serta orang ramai di seluruh Negara tentang beberapa isu berkaitan dengan status pelaksanaan ESQ Training di Malaysia.
Kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh Negara kecuali di Wilayah Persekutuan. Pada 17hb Jun YBSS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan warta kerajaan bilangan P.U. (B) 276 yang hanya terhad untuk Wilayah Persekutuan sahaja. Buat masa ini kami masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan ESQ Training.
Latihan ESQ dan program-program kerjasama ESQ di semua negeri lain berjalan seperti biasa. Kami juga terus menyokong program anjuran Jabatan-Jabatan Mufti seperti baru-baru ini di program Seminar Falak di Pulau Pinang di bawah anjuran Jabatan Mufti, program prihatin di bawah Corporate Social Responsibility (CSR), ESQ Training Remaja bersama-sama anak yatim di Negeri Perak dan yang sedang berlangsung selama 13 minggu (bermula 15 Jun 2010) adalah kerjasama ESQ bersama dengan TV9, “ Halaqah Sentuhan Qalbu”. Melalui program kerjasama ini, gabungan para ulamak, pakar motivasi di Negara ini dan jurulatih ESQ telah membawa satu sinergi baru di dalam usaha membantu transformasi karakter masyarakat di Negara ini.
|
|
Read more...
|
|
|
Monday, 14 June 2010 14:53 |
|
“Life sebelum ini semua ok, Cuma dahulu saya seorang yang malas belajar, solat pun kadang- kadang. Senang kata seperti macam budak- budak remaja yang lain lah. Hubungan dengan ibu bapa pun kadang-kadang terkasar dan tak hormat pun. Dan dekat sekolah pun duduk di kelas ke 2 akhir. Pelajaran pun orang kata cukup makan, dan markah yang dapat selalu pun atas pagar. ..memang tak cemerlang. Tapi dahulu saya tidak kisah sangat sebab saya fikir kalau dah tak pandai, memang sampai tua kita tidak pandai. Senang kata dahulu saya mengalami masalah kurang keyakinan diri. Hal ini juga menyebabkan saya macam takut hendak membuat perubahan diri. Pada suatu hari, pada tahun 2005
|
|
Read more...
|
|
"Training ESQ adalah sebuah fenomena yang mampu mengubah kehidupan seseorang..." |
|
Inilah kesimpulan para peserta sejak Training ESQ bermula pada tahun 2001 sehingga kini. Ini adalah kerana ESQ memang berbeza daripada modul-modul latihan yang lain. ESQ bukanlah sekadar latihan kepimpinan atau pengurusan tetapi Training ESQ adalah merupakan pelopor di dalam dunia bagi latihan yang menyentuh aspek spiritual dan emosional seseorang secara mendalam. ESQ adalah merupakan suatu inovasi terkini yang menekankan aspek kepentingan kecerdasan spiritual bagi setiap manusia. Adalah diyakini bahawa kecerdasan spiritual merupakan pusat dan landasan bagi kesemua kecerdasan yang ada iaitu Intellectual Quotient (Kecerdasan Intelektual) dan Emotional Quotient (Kecerdasan Emosional).
ESQ bertujuan untuk lahirkan manusia yang unggul dari sudut emosi dan spiritual dengan cara mengembangkan potensi keperibadian. Membentuk manusia unggul bukanlah suatu perkara yang mudah malah memerlukan suatu proses yang sistematik dan berkesinambungan selain daripada komitmen yang tinggi pada diri seseorang. Sehubungan dengan ini, ESQ adalah merupakan latihan yang berterusan tanpa henti dan memperkenalkan konsep "Pelaburan seumur hidup". Konsep ini bermaksud jika anda telah hadir Training ESQ, anda layak untuk hadir ke Training ESQ seterusnya di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara PERCUMA. Inilah salah satu keistimewaan yang bakal anda perolehi daripada Training ESQ selain daripada konsep ESQ itu sendiri yang cemerlang yang akan membawa kepada cahaya dan harapan baru bagi kehidupan anda.
|
|
Read more...
|
|
|